Pembaca Forum Index Pembaca
Sebuah perkampungan peminat ilmu dan bahan bacaan
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Penawar penyakit hati

 
Post new topic   Reply to topic    Pembaca Forum Index -> Artikel Menarik
View previous topic :: View next topic  
Author Message
admin
Site Admin


Joined: 20 Jun 2008
Posts: 304
Location: Kepala Batas, Alor Setar

PostPosted: Tue Jan 05, 2010 11:15 pm    Post subject: Penawar penyakit hati Reply with quote

Oleh ZUARIDA MOHYIN

KETANDUSAN hati dewasa ini adalah suatu penyakit yang ketara di tengah-tengah masyarakat. Ramai yang susah hati, gelisah, tidak merasa tenteram dan tenang, waima kehidupan mereka disaluti kemewahan dan kemudahan.

Oleh itu, benarlah bagai dikata bahawa kebahagiaan hakiki bukanlah terletak kepada kekayaan harta benda dan kekuasaan namun bertitik-tolak pada hati yang sejahtera.

Malahan kebersihan dan kesejahteraan hati ini sangat penting nilaiannya kepada Allah SWT serta balasan di akhirat kelak sebagaimana yang ditegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud: ...(iaitu) pada hari harta dan anak-pinak tidak berguna, kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang bersih dan (pada hari itu) didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertakwa dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat. (al-Syu'ara: 88-91)

Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk menurut perintah hati. Malahan di hatilah akan terpancar perasaan suka, duka, benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya.

Lantaran itu, beruntunglah manusia yang memiliki hati yang suci bersih kerana dia akan melakukan perkara-perkara yang diredai Allah. Sebaliknya, mereka yang memiliki hati yang hitam, kotor serta dikuasai sifat mazmumah, sudah tentulah mereka sengaja menempah jalan kebinasaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT mengingatkan di dalam al-Quran: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab. (al-Israk: 36)

Ini menjelaskan, hati dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. Ia ibarat seperti penggembala, di mana dia dipertanggungjawabkan sekiranya haiwan gembalaannya itu rosak atau merosakkan tanaman.

Oleh sebab itulah, menjaga hati menjadi keutamaan kepada setiap manusia supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang didalangi oleh syaitan. Ini kerana syaitan maklum, untuk menyesatkan umat manusia, ia masuk menyusup ke dalam hati manusia.

Buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. yang berjudul, Bahagiakan Hatimu memberi panduan bagaimana untuk menguruskan hati dengan kaedah yang sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus ke lembah penghinaan atau mengikut telunjuk syaitan yang durjana.

Tajuk 'Zakat Hati Membersihkan Jiwa' pada Bab 10 di dalam buku ini menarik untuk dihayati kerana bagi penulis ia menyelongkar rahsia di sebalik berzakat yang tinggi manfaatnya kepada bukan sahaja penyucian hati tetapi kepada penyucian serta keberkatan harta yang diperoleh. Di dalam bab ini juga, diterangkan tentang pertalian rapat antara mata dengan hati.

Bagi mereka yang berjaya menahan atau menghalang pandangan daripada melihat perbuatan yang melanggari perintah-Nya, Allah SWT mengurniakan tiga keuntungan yang besar dan berharga.

Boleh dikatakan 11 bab yang cuba diketengahkan di dalam buku ini wajib dimanfaatkan kerana tajuk-tajuknya bukan sahaja mengujakan dalam usaha berterusan kita mencari penawar penyakit hati.
_________________
Yang Benar,Admin.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Pembaca Forum Index -> Artikel Menarik All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

Free Web Hosting | File Hosting | Photo Gallery | Matrimonial


Powered by PhpBB.BizHat.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com